Assalamualaikum,
Baru-baru ni saya berkesempatan untuk buat rawatan gigi...Untuk tahun ni, kiranya baru sekali la kan...Alhamdulillah, setakat ni saya akrab dengan klinik gigi umpama Mydin dan Lagu Hindustan...(???) Saya tiada sebarang masalah untuk jumpa dengan Doktor Gigi dan setiap tahun saya akan pastikan gigi saya dicuci..Agaknya saya ni Obses dengan gigi sendiri kotnye...haha
So, ilmu baru yang saya dapat tahu dari Dr. Ropi (bukan nama sebenar) ialah:
1) Elakkan dari menggunakan berus gigi yang terlalu keras, guna yang soft je - Dr. saya guna medium, salah la tu?
2) Elakkan berus gigi terlalu kuat dan macam nak tebang pokok. Yang seeloknya ialah dengan cara membulat dan dari atas ke bawah sebab nanti akan menyebabkan gusi anda haus dan bila akar gigi dah kelihatan, masa tu bile makan makanan panas atau sejuk mulela dia mengada nak rasa sakit - Erk?? tebang pokok? selama ni macam tula cara saya berus gigi Dr.
3) Kalau ada Wisdom Tooth (atau nama glamor gigi tidur..hikhik), kalau tak mahu cabut, kena sentiasa pastikan tiada sebarang makanan yang terlekat...-- OoooOOooooo, macam tu ke Dr. Saya dah floss tapi x sampai kat gigi blakang nun..
4) Habit gigit pen atau jari tak elok untuk gigi depan...Gigi atas dan bawah akan jadi tak sekata...(nama glamour, jongang) - Dr., gigi saya memang tak sekata, tapi sy suka dengan gigi saya...ni identiti sy..hehe
Rakan-rakan, jangan takut dengan Dr. gigi anda, mereka sangat suka berkongsi ilmu dan bersedia untuk tengok-tengokkan gigi anda jika dibandingkan dengan orang rumah anda..hehe..
Selamat berdoktor gigi (eh, peliknya ayat nih..)
Ja!
No comments:
Post a Comment