Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sabtu lepas saya sempat juga menghadirkan diri ke majlis perkahwinan salah seorang kawan rapat masa sekolah-sekolah dulu.. Jarak antara rumah kami dalam 2 jam perjalanan...Apabila die menjemput 2 minggu lepas, memang saya berjanji pada diri sendiri akan cuba hadir juga ke majlisnya.. Selain dari dia sendiri pernah hadir ke majlis perkahwinan saya (Walaupun berlangsung dihari kerja), saya juga teringin benar nak kenal suaminya..Siapakah dia yang berjaya menyunting hati kawan saya ini...
Kami berkawan agak rapat dan saya agak tahu citarasa die masa sekolah-sekolah dulu..Biasanya lelaki berkulit putih, yang pandai, aktif dalam sukan dan tentulah yang popular...Namun kesempatan hadir ke majlisnya baru-baru ini membuktikan beberapa perkara:
1) Rupa yang cantik/kacak belum tentu menjamin bahawa si die yang paling serasi, paling sesuai dan paling pantas untuk berada di samping kita...Suaminya kelihatan biasa-biasa sahaja dari segi fizikal, namun tentu ada sesuatu yang mengatasi semua itu untuk memikat hati kawan saya..
2) Soal Hati adalah soal yang paling sukar dimengerti...ianya berubah seiring masa dan mengikut situasi...Saya tidak fikir dia dipaksa untuk berkahwin dengan suaminya..kerana kelihatannya dia sungguh bahagia menikmati hari perkahwinannya...
Apapun, sahabatku, selamat pengantin baru..semoga kehangatan cinta bertambah ke akhir usia...Amin..
No comments:
Post a Comment