Monday 9 April 2012

Teladan dari kisah Nabi Ayub AS

Assalamualaikum,

Antara kisah-kisah Nabi yang pertama sekali dibaca oleh saya ialah kisah Nabi Ayub AS...saya masih ingat, kakak kedua saya yang beria-ia benar mengajar saya membaca. Dan syukurlah buku yang dipilih untuk saya baca ialah kisah-kisah Nabi..tapi nan hado jugak pandai membacanye...asyik ulang-ulang yang sama...Hanya semasa saya berumur 9 tahun barulah kisah Nabi Ayub habis dibaca oleh sy dengan jayanya..

Kisah Nabi Ayub sebenarnya sangat dekat dengan apa yang sentiasa dialami oleh kita...Baginda pernah merasa nikmatnya kesenangan dan juga kesihatan yang baik.. Namun Baginda juga mengalami ujian yang ditimpakan oleh Allah...kehilangan harta, anak-anak dan juga yang paling penting nikmat kesihatan. Sakit yang dialami oleh Nabi Nuh AS sungguh menghibakan... Namun baginda masih bersabar dan sentiasa bersangka baik dengan Allah Ta'ala...Sebagaimana Firman Allah SWT

Firman Allah: “Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya).” (Al-Quran Surah. Sod: 44)

Dan kisah isteri Nabi Ayub Siti Rahmah juga sungguh menarik perhatian saya...Lambang seorang wanita tabah dan setia di samping suaminya...Mungkin kisah seterusnya boleh dibaca rakan-rakan pembaca sekalian di halaman-halaman blog dan juga buku-buku..

Namun, saya sangat tertarik untuk mengulas mengenai babak Nabi Ayub AS menghukum isterinya. Baginda memang merasa sedikit marah sehingga berazam untuk memukul isterinya sebanyak 100 kali, namun apabila Baginda mampu untuk melaksanakan hukuman itu, Baginda masih juga ragu-ragu dan sedih. Dan kesudahannya diberi jalan oleh Allah SWT untuk memukul isterinya hanya dengan seikat rumput..

Terdapat banyak perkara yang boleh kita kutip dari kisah Nabi Ayub AS ini...dan bandingkan dengan diri kita hari ini...Ditimpa demam sedikit, kita mula berkeluh kesah...Hilang duit pun, boleh tak tidur malam dibuatnya...dan juga, kalau marahkan isteri lebam-lebam dibuatnya... 

Kita memang tidak mampu untuk menandingi para Nabi dan Rasul dalam soal keimanan dan kesabaran...namun kita masih juga boleh mencontohi mereka dalam beberapa perkara...

Jumpa lagi...Ja!


Antara Hati Budi dan Rupa

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sabtu lepas saya sempat juga menghadirkan diri ke majlis perkahwinan salah seorang kawan rapat masa sekolah-sekolah dulu.. Jarak antara rumah kami dalam 2 jam perjalanan...Apabila die menjemput 2 minggu lepas, memang saya berjanji pada diri sendiri  akan cuba hadir juga ke majlisnya.. Selain dari dia sendiri pernah hadir ke majlis perkahwinan saya (Walaupun berlangsung dihari kerja), saya juga teringin benar nak kenal suaminya..Siapakah dia yang berjaya menyunting hati kawan saya ini...

Kami berkawan agak rapat dan saya agak tahu citarasa die masa sekolah-sekolah dulu..Biasanya lelaki berkulit   putih, yang pandai, aktif dalam sukan dan tentulah yang popular...Namun kesempatan hadir ke majlisnya baru-baru ini membuktikan beberapa perkara:

1) Rupa yang cantik/kacak belum tentu menjamin bahawa si die yang paling serasi, paling sesuai dan paling pantas untuk berada di samping kita...Suaminya kelihatan biasa-biasa sahaja dari segi fizikal, namun tentu ada sesuatu yang mengatasi semua itu untuk memikat hati kawan saya..

2) Soal Hati adalah soal yang paling sukar dimengerti...ianya berubah seiring masa dan mengikut situasi...Saya tidak fikir dia dipaksa untuk berkahwin dengan suaminya..kerana kelihatannya dia sungguh bahagia menikmati hari perkahwinannya...

Apapun, sahabatku, selamat pengantin baru..semoga kehangatan cinta bertambah ke akhir usia...Amin..

Sunday 8 April 2012

Gigi dan sahabat baiknya Gusi

Assalamualaikum,

Baru-baru ni saya berkesempatan untuk buat rawatan gigi...Untuk tahun ni, kiranya baru sekali la kan...Alhamdulillah, setakat ni saya akrab dengan klinik gigi umpama Mydin dan Lagu  Hindustan...(???) Saya tiada sebarang masalah untuk jumpa dengan Doktor Gigi dan setiap tahun saya akan pastikan gigi saya dicuci..Agaknya saya ni Obses dengan gigi sendiri kotnye...haha

So, ilmu baru yang saya dapat tahu dari Dr. Ropi (bukan nama sebenar) ialah:

1) Elakkan dari menggunakan berus gigi yang terlalu keras, guna yang soft je - Dr. saya guna medium, salah la tu?

2) Elakkan berus gigi terlalu kuat dan macam nak tebang pokok. Yang seeloknya ialah dengan cara membulat dan dari atas ke bawah sebab nanti akan menyebabkan gusi anda haus dan bila akar gigi dah kelihatan, masa tu bile makan makanan panas atau sejuk mulela dia mengada nak rasa sakit - Erk?? tebang pokok? selama ni macam tula cara saya berus gigi Dr.

3) Kalau ada Wisdom Tooth (atau nama glamor gigi tidur..hikhik), kalau tak mahu cabut, kena sentiasa pastikan tiada sebarang makanan yang terlekat...-- OoooOOooooo, macam tu ke Dr. Saya dah floss tapi x sampai kat gigi blakang nun..

4) Habit gigit pen atau jari tak elok untuk gigi depan...Gigi atas dan bawah akan jadi tak sekata...(nama glamour, jongang) - Dr., gigi saya memang tak sekata, tapi sy suka dengan gigi saya...ni identiti sy..hehe

Rakan-rakan, jangan takut dengan Dr. gigi anda, mereka sangat suka berkongsi ilmu dan bersedia untuk tengok-tengokkan gigi anda jika dibandingkan dengan orang rumah anda..hehe..

Selamat berdoktor gigi (eh, peliknya ayat nih..)

Ja!




Friday 6 April 2012

Zara dan Laptop emasnya

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tercapai jua hajat untuk memiliki sebuah laptop.. Dari hari pertama bekerja keinginan tu sentiasa ada kerana memandangkan ada tugasan yang perlu disiapkan segera. Tapi nampaknya sekarang baru bertemu jodoh dengan si dia..Macam orang selalu kata, "Jodoh itu Rahsia Allah"..ok, now berhenti mengarut...

Saya sebenarnya sentiasa bermasalah untuk beli sebarang gadget...masa dulu2 pun,time belajar semua kecoh duk beli handfon, sy still lg suke beli kadfon yang berwarna warni tu dan berteman baik dengan telefon awam untuk bertanya khabar mak dan kawan-kawan...lgpun...rasenya masa tu sy fikir handfon ni sedikit mengganggu..

Hanya apabila ditawarkan belajar belajar ditempat yang berjauhan dengan keluarga, barulah terkial-kial mencari telefon...mase tu hari pertama berdaftar di UiTM...Dalam kelam kabut tu, telefon NOKIA aiskirim jugak yang jd pilihan..NOKIA aiskrim?? alah, yang warna warni tu...tp jodoh tak lama, bertukar ke handfon lain yang lebih ringkas dan sempoi..tapi akhirnya hilang dalam tragedi rompakan (??)...xde ar...pecah masuk rumah..pelik pulak, telefon cokia gitu pun nak curi...

Dan handfon yang ketiga adalah hadiah dr Hubby...sedang elok lepas telefon kedua hilang...Hadiah besday..

Yang sebetulnya hubby pernah offer untuk beri laptop, tapi masa tu kepala masuk air kot..

"Xpe...x payahlah"...malu-malu ke ape ye.....Rugi tul...

Dan bila ada duit pulak, benda2 lain yang dibeli..Tupperware la, Periuk la...Baju2 la...macam2la..akhirnya laptop ni dah dilupakan begitu je...cume bile keinginan untuk berblog timbul..barula kelam kabut nak cr laptop.. So, sambar ACER ASPIRE 4752G...Oleh sebab warnanya keemasan..saya namakan sebagai Goldie...

"Comel tak Saya?" - ihsan pakcik google



Wednesday 28 March 2012

Pembuka Bicara

Assalamualaikum...

Blog...

Bukan satu objek yang baru bagi saya... Dalam 6 tahun lepas pun saya sudah mula berblog...Keinginan berblog timbul selepas selalu layan blog Azhan Assaha Kamal dan Hikaru...Cume blog yang dibuat dengan penuh perasaan itu akhirnya dibiarkan bersawang selepas sibuk mengulit buku-buku tebal lagi memeningkan...

So, sekarang...minat dah berubah dan seiring dengan kegilaan masyarakat berblog, saya berfikir-fikir...inilah masanya...

Saya hanya ingin berblog dalam usaha menyampaikan apa yang saya ketahui dan lalui setiap hari...

Saya bukan sempurna, hanya ingin melengkapi sisi yang kurang di mana-mana...Semoga siapa jua yang singgah di laman ini akan mendapat sesuatu dari penulisan saya...

Ja!